Last picture that i have on 30th May 2009. My ayah with his girlfriend.
01 June 2009
--------------
Tap..lampu terpasang..Kak Jue kejutkan aku dan kak nah...
Perlahan-lahan dia cakap..bangun..mak cakap..badan ayah dah sejuk..
Bingkas bangun aku terus turun ke bilik ayah..
Dikya mengadap ayah..kejutkan bangun..
Aku..terus rasa tangan ayah...kaki ayah...ya Allah..sejuk...
Innalillah...
Sudah sampai ayahanda ku pulang ke pada yang Hak..
Ayah memang tidur mengereng. Aku pusing kan badan ayah..terasa perutnya masih panas lagi..
Memang tak sangka..ayah sihat-sihat aje semalam..
Yang ada di rumah Jiah.. kami ..adik beradik perempuan 5 orang.. dan anak2 ku dua orang..campur mak..itu aje. Terus kami bincang apa yg sepatut yang dibuat seterusnya. Panggil Poji..panggil Elly.. Aku dan 2 org sisters..tak boleh nak baca yassin for our ayah.
Dalam pukul 7.15 aku dah Poji selesai membuat laporan polis di Presint 11. Aku terus decide untuk pulang ke SKY2 untuk persediaan menyambut jenazah dan persediaan untuk pengebumian. Yang ikut aku.. Kak Nah n anak-anak.. Kak Jue n Dikya satu lagi kereta... Jiah, Poji n Elly akan tunggu Van Jenazah sampai..dan menunggu tetamu-tetamu yang mahu menziarah ayah..
Pukul 10.30 aku sampai di SKY2, jiran-jiran sudah berkumpul. Kami terus aje menyiapkan apa yang patut-patut. Sangat berterima kasih pada jiran-jiran dan kairiah kematian di kampung ku.
Dalam pukul 11.30, jenazah tiba. Dalam pukul 12.30, jenazah ayah dimandikan. Elly dan Nuar..berpeluang memandikan jenazah ayah. Aku melihat ayah aku di kapankan.. sedih..air mata mengalir tapi ku tahan.. sabar..
Di saat di beri peluang untuk mengucup pipi ayah ku..air mata tiba2 nak keluar..aku tahankan juga..sejuk pipi ayah..inilah kali terakhir aku dapat mengucup pipi ayah.. bersih aje muka ayah..tenang aje..macam dia sedang..tidur...dan iya..memang dia tidur..untuk selama-lamanya.
Dalam pukul 2, jenazah sudah di bawa ke kubur. Kami semua ikut sama..abang li masih tak sampai-sampai lagi. Mak memberi izin untuk terus di kebumikan. Even abang li pun sudah bagitahu pada aku supaya proceed. Dan sebagai anak lelaki..adik2 ku terus menjalankan tugas terakhir sebagai anak lelaki kepada ayah kami. Alhamdulillah. Dalam pukul 2.45, semua telah selesai...
Kami the Salims, bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Dan kami the Salims mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai, jiran-jiran yang mengirimkan takziah dan memberi semangat kepada kami sekeluarga.
Selamat beradu ayah...kami sentiasa merindui ayah...
Haji Md Salim Bin Ab Latif
14041937 - 01062009
Al-Fatihah
4 comments:
Jue,
Salam takziah dari saya. Semuga roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang salleh.
Al-fatihah.
Takziah atas kehilangan U jujul!
Sekalung Fatihah buat ayahanda U..
Salam Takziah.
Catatan oleh saudari di sini... saya dapat rasa dengan begitu mendalam. Saya jadi teringat kepada bapa saya yg masuk harijadi ke 76 dua hari lepas.
Ini adalah kali pertama saya datang ke blog ni. Saya telah ikuti link yang dari VersedAnggerik - sebab nak tahu tentang lawatan Tehsin. Yg bagi link VA ialah Sherry Nor Jannah
Thank you bro Fadhil and Ahan.
Mat Cendana - Welcome to my humble/merampuing blog.. selagi ada ibu dan bapa..sedaya upaya kita balas jasa2 mereka..tanpa mereka..tiada lah kita..
Post a Comment