Wednesday, December 2, 2009

My Kiddos turn to be Young Man..

Arash and his PSP..my gift for him sebab dah berkhatan..
Aus with his PSP..my gift for him too for berkhatan..
Me and Kiddos

2nd December 2009..my two sons..turn to be young man..what an experience for me and for them.
The first test for me was..the nite before..kiddos' ayah asked me to wake him up at 6.30am..since the khatan start at 8am. From 6.20am i called him until 7.30am. He not pickup my called. Pissed me off. Sabar ajelahhhhhh.. Lantak lah..kalau ada..ada..kalau tak de nak buat camno. Nasib baik lah..my brothers - Pojiko and Elly ada..to give moral support to them.

Kelam kabut bersiap-siap..and the kiddos lak lengah2 aje..saje lah tu..pukul 9am we all arrived kat Lita Alis Clinic, Precint 9, Putrajaya. Dapat turn no 8 and 9. tunggu punya lah lama..Aus dah terlompat-lompat.. Arash dah pucat2..mengigil-gigil badan dah panas ketakutan.. Moi lak tengok budak-budak yang dah bersunat..muka macam ok aje..huhuhu berdoa dalam hati moga anak2 moi macam tu lah.. akhir nya..pukul 11am nama arash kena panggil..tapi sebab dia tak ready..dengan paksa rela..suruh Aus buat dulu.. by the way..derang nyer ayah sampai pukul 10am. Alhamdulillah..at least dapat dia tengok anak2 dia berkhatan..once in life time kan..mana boleh nak ulang-ulang... Moi pulak..berpeluang tengok process berkhatan for Aus..ngeri gak..huhuhu...Tapi Dr Yus memang dapat handle dengan baik. Alhamdulillah.. Dikya pun tumpang sekali juga tengok. Bila turn Arash..dia pulak tak bagi Moi tengok..so..yang masuk dalam..ayah dia dan Pak Anjang .

Sekarang nie..my next test is to take care both of them after berkhatan..huhuhu..cabaran..cabaran.. wish me luck..

Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 9, 2009

100 hari..


Dan Aidil Fitri tahun ini...tidak seperti dulu...
Ayu rindu ayah....
Al Fatihah...

Monday, June 15, 2009

Kisah Aku..2 minggu

* Mak Lang Bibah cakap..kami ada darah keturunan Cina Mualaf (belah Wo@Nenek) + Bugis (belah Atok).. Patutlah aku nie..angin puting beliung..dulu2 lah..sekarang nie bila usia makin meningkat..aku boleh control anger tu..alhamdulillah. Info nie dapat bila we all berkumpul malam pertama ayah meninggal...

* Aku ikut Nuar p Kuantan on the 5th June. Bawak kiddos jenjalan..tapi derang frust sebab tak dapat mandi laut..n aku pun bukan bawak derang jalan betul2 pun. Dik Ya pun follow sekali. Met Ahan kat McD Teluk Cempedak. She the first blogger yang read my blog. Very nice lady..segan aku bila jumpa dia..aku dengan kesempoian aku lah.. after jumpa Ahan..p visit Abg Saupi a.k.a Jaka. My tagged friend yang admitted kat KMC Kuantan. Kira dia nie..bernasib baik lah..aku bukan nya selalu jumpa Tagged friend nie..tapi since Aku kat Kuantan..dan dia admitted kat situ..why not pay visit kan.. aku bawak le sojar2 aku.. After that sempat le aku beli satah n otak2 kat Tanjung Lumpur and beli ikan masin kat area TUDM tu.. n on the way balik tu..eldest son minta berhenti nak kencing..haru tull pantang nampak RnR and petrol station minta berhenti. Pukul 12am kita orang sampai SKY2.

* My Dr Sam.. sesudah 6 bulan tidak berdating..bila jumpa aku...first yang dia cakap dulu.. " You Put On Weight" uwarghhh...mek sedih...huhuhu dia cakap muka mek dah bulat...hauuuu... tapi kan..dia nyer assistant cakap mek dah kurus sikit...lega sikit..and Dik Ya cakap i am denial with the fact..uwarghhh...shadap you..hehhehee

* Aku Rindu ngan Ayah

Tiada Lagi..Amy Search

Blasted the volume...sing out loud..i luv below song...

Tiada Lagi
-----------
Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…

Thursday, June 4, 2009

Selamat Beradu Ayah...


Last picture that i have on 30th May 2009. My ayah with his girlfriend.

01 June 2009
--------------

Tap..lampu terpasang..Kak Jue kejutkan aku dan kak nah...
Perlahan-lahan dia cakap..bangun..mak cakap..badan ayah dah sejuk..
Bingkas bangun aku terus turun ke bilik ayah..
Dikya mengadap ayah..kejutkan bangun..
Aku..terus rasa tangan ayah...kaki ayah...ya Allah..sejuk...
Innalillah...
Sudah sampai ayahanda ku pulang ke pada yang Hak..
Ayah memang tidur mengereng. Aku pusing kan badan ayah..terasa perutnya masih panas lagi..
Memang tak sangka..ayah sihat-sihat aje semalam..

Yang ada di rumah Jiah.. kami ..adik beradik perempuan 5 orang.. dan anak2 ku dua orang..campur mak..itu aje. Terus kami bincang apa yg sepatut yang dibuat seterusnya. Panggil Poji..panggil Elly.. Aku dan 2 org sisters..tak boleh nak baca yassin for our ayah.

Dalam pukul 7.15 aku dah Poji selesai membuat laporan polis di Presint 11. Aku terus decide untuk pulang ke SKY2 untuk persediaan menyambut jenazah dan persediaan untuk pengebumian. Yang ikut aku.. Kak Nah n anak-anak.. Kak Jue n Dikya satu lagi kereta... Jiah, Poji n Elly akan tunggu Van Jenazah sampai..dan menunggu tetamu-tetamu yang mahu menziarah ayah..

Pukul 10.30 aku sampai di SKY2, jiran-jiran sudah berkumpul. Kami terus aje menyiapkan apa yang patut-patut. Sangat berterima kasih pada jiran-jiran dan kairiah kematian di kampung ku.
Dalam pukul 11.30, jenazah tiba. Dalam pukul 12.30, jenazah ayah dimandikan. Elly dan Nuar..berpeluang memandikan jenazah ayah. Aku melihat ayah aku di kapankan.. sedih..air mata mengalir tapi ku tahan.. sabar..

Di saat di beri peluang untuk mengucup pipi ayah ku..air mata tiba2 nak keluar..aku tahankan juga..sejuk pipi ayah..inilah kali terakhir aku dapat mengucup pipi ayah.. bersih aje muka ayah..tenang aje..macam dia sedang..tidur...dan iya..memang dia tidur..untuk selama-lamanya.

Dalam pukul 2, jenazah sudah di bawa ke kubur. Kami semua ikut sama..abang li masih tak sampai-sampai lagi. Mak memberi izin untuk terus di kebumikan. Even abang li pun sudah bagitahu pada aku supaya proceed. Dan sebagai anak lelaki..adik2 ku terus menjalankan tugas terakhir sebagai anak lelaki kepada ayah kami. Alhamdulillah. Dalam pukul 2.45, semua telah selesai...
Kami the Salims, bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Dan kami the Salims mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai, jiran-jiran yang mengirimkan takziah dan memberi semangat kepada kami sekeluarga.


Selamat beradu ayah...kami sentiasa merindui ayah...
Haji Md Salim Bin Ab Latif
14041937 - 01062009
Al-Fatihah

Wednesday, May 27, 2009

My hero No UNO..Happy 11th Birthday to you..


Ummi mampu beli brownies aje lah..sebab tahan lama nak bawa from KL hahahha


Dah sebelas tahun umur anakanda ku yang sulung ni.. dan kalau jadi...cuti sekolah nie..nak dikhatankan..ye i know..you all mesti cakap..why so late.. for me..I nak dia sendiri yang ready to go thru to the next level.

Si adik nie..memang tak boleh tengok abang dia lebih sikit..mahu numpang sekaki gak..

Ummi nak tangkap gambar ngan abang berdua pun dia jeles..boleh menyelit gak..adei... abang dah bengang
These are my eldest sisters..care taker of my two sons. Tak de derang..patah kaki ummi derang nie..From bottom of my hearts thanks mak ngah n mak lang..jasa mu tak terbalas..
--------------------------------------------------------
This Entry Dedicated to My Eldest Son, Muhammad Arash
Anakanda ku, Muhammad Arash,
Ummi rasa gembira..anakanda makin dewasa. Ummi doakan anakanda bertambah matang dan tahu tanggungjawab anakanda sebagai seorang umat, seorang anak, seorang abang kepada adik-adik Muhammad Firdaus, Fatin, Nayli and Nisa. Ummi doakan..hati anakanda lembut, sabar dan dapat mengawal emosi anakanda. Ummi faham kekadang anakanda terasa di lupakan, sebab kehadiran adik. Ummi doakan anakanda faham dengan situasi Ummi dan Ayah. Dan Ummi mahu anakanda pasti bahawa kami sangat sayang pada anakanda walau apa pun terjadi.
Anakanda ku Muhammad Arash..
Ummi doakan semoga Allah merahmati anakanda sentiasa..membuka pintu hati anakanda menerima segala ilmu-ilmu Allah SWT. to Be Strong to face anything and also to be strong because you will lead the others. Ummi LUV you alwayz...
Salam peluk cium,
Ummi


Saturday, May 23, 2009

Thursday, May 14, 2009

Bye2 Silver bird Part II


















Nangis tak ... bila melihat keadaan boyfriend kesayangan jadi begini...



Monday, May 11, 2009

Bye..bye my darling..silver bird...

Silver bird di perkosa secara rakus..hahaha

This one nak kena potong n welding new ..huhuhu dah berkarat and boleh nampak jalan dah..

Kena tunggu update from Pak Cik Kudik...
Pak Cik Kudik..Pak Cik Kudik..sila update about my Silver bird ye..
Cik Jue rindu giler ngan Silver Bird.
Patah kaki ku..2 minggu keto tak dok..huhuhu..
Thank you Dikya..you will be my supir for two weeks..hahaha..nanti kawtim aa...

Sunday, April 12, 2009

Silver Bird Cedera








Dan setakat nie..tuan nyer berjaya merawat side mirrow ajelah.. dan insyaAllah..tuan nyer..nak tukar baju Silver Bird tu ..jadi..Black Hawk..amacam...
Dan untuk merawat hati tuan nyer lak.. beliau berubat di Jusco n shopping2 untuk merawati hatinya yang terluka itu..huhuhu


Tuesday, March 31, 2009

Bye...Bye ..Green...Hi Hi Blue

Today is my last day with the Green..tomorrow is my first day with Blue.
How my feelings? SAD to leave this company after give my loyal service for 14 years..
EXCITEMENT for new challanges at the new company... new bossess..yes..i will assist 4 bossess.. Wish me luck...

Thursday, March 26, 2009

Kisah Hari nie..26 March 2009

Boyfriend manja emak..admitted again...

Frustttttttttt

Dan manusia akan terus alpa
dibawah telunjuk kuasa
Siapa yang besar mendabik dada..
Siapa yang kecil..dalam hati bersuara...

nOt fAIrrrrrrrrrrrr

gue sedih sangatttttttttttt

Tuesday, March 24, 2009

64th

(ayah dengan girlfriend kesayangan)

Selamat menyambut ulang tahun yang ke 64 , Mak
Ayu doakan emak sentiasa dirahmati Allah,
Dikurniakan kesihatan yang baik,
Diberikan ketabahan dan kekuatan untuk melayan boyfriend manja mak..
Diberikan kesabaran menghadapi segala dugaan terhadap keluarga kita...
Dimurahkan rezeki..
dan diberikan kebahagian dunia dan akhirat..
Ayu sayang mak...forever..

Sunday, March 22, 2009

7 Tahun


Hari ini, hari ulang tahun Muhammad Firdaus yang ke tujuh. Tapi dia masih seperti baby bagi ku..perlu dimanja, dipeluk n dicium sentiasa. Kekadang tidak tertahan dengan kenakalannya..tapi dalam nakal..ada kecerdikan yang membuat kita tidak percaya..

Terima kasih anakanda kerana berada di samping ummi ketika ummi amat memerlukan kekuatan dulu... dan
Maafkan ummi Kerna itu juga kita terpaksa berpisah jauh..

Ummi doakan anakanda sentiasa di rahmati Allah, di kurniakan kesihatan yang baik..di murahkan rezeki dah bahagia selalu...dan ummi doakan anakanda menjadi anak yang soleh...

Happy Birthday Daus...

Monday, March 16, 2009

Cerita Semalam - 15.03.2009

Itulah boyfriend ku yang terpaksa ambil oksigen semalam..due too he coughing badly. Doc Hani said he has asthma attack although his lung clear. If still not ok, i have to refer him to specialist.

Tuesday, March 10, 2009

Borak2 ngan my Firdaus

Lokasi (SKY2) - atas katil..pelakon..tiga orang..Ummi..Firdaus..n Mak Lang..
Jam: 9.00 malam..Firdaus tak sihat..minta tidur awal..n he request his ummi to accompany him..Mak Lang tumpang sekaki..sebab ari ujan..sejuk2 sedap tidur wooo..

Firdaus belek2 his ummi's HP.. pilih2 lagu yang dia nak dengar..bagi komen his ummi playlists at her handphone.. yup..he luv rock kapak songs..no doubt..n dia lebih pandai dari his ummi..huhuhu

Ummi: Aus..Pak Cik nie ensem tak? (sambil ummi show her friend's pictures)
Firdaus: Tak. Ayah lagi ensem..
dush...tak boleh tahan..puji ayah dia jugak...
Mak Lang dah tergelak2.

Ummi: Aus..kalau ummi kahwin lagi boleh tak..?
Firdaus: Ummi kahwin lah dengan ayah..
pap...ummi tepuk kepala sendiri..
Mak Lang: Kenapa tak kasi ummi kahwin..
Firdaus: Ummi ngan ayah kan kawan..tu dulu tu..gambar Ummi ngan ayah..
Ummi: adeiii..how to explain..

Mak Lang: Aus, ummi kurus tak..
Firdaus: iyer..
Ummi and Mak Lang dah tergolek2 gelak ..
adei..Aus..Aus..nak up ummi pun..tengok2 lah keadaan..Ummi yang besar cam tong drum nie dia kata kurus..adei...

Ummi hug..hug..Firdaus..semoga cepat sembuh my dear anakanda...ummi always miss u..

Thursday, March 5, 2009

Hari ini ari Rabu esok ari Khamis lor..

Kekadang..kita kena diam..nak muhasabah diri..

Friday, February 27, 2009

Hari ini Hari Jumaat

dan hujan masih turun...

Tuesday, February 24, 2009

Dedicated to my *PIC - Liza


Happy birthday to you,

Happy birthday to you,

The number of candles you blew,

And the number a years that flew

All the strength that you drew

And the happiness you knew

All the old things and new

The love you found so true

The dreams you did pursue

Coffee and chocolate fondue

The white hue and morning dew

All these makes you get through

@@ years in the que

Happy birthday to you

Happy birthday to you

*PIC = Partner in crime

Ini hari, hari Selasa..

Dan tiba-tiba aku keliru
Dengan kata-kata mu..
Buatku terpaku..kelu membisu..
Aisey..awat lak camtu..

Monday, February 23, 2009

Bye2 Maxis..Hye2 IBM

Today...finally i signed the offer letter from IBM. My last day with Maxis will be 31 March 2009 after serving almost 14 years. Wish me luck at the new company.

Sunday, February 22, 2009

Crazy..Exhausted..Julia

1100 - Departure from Precint11
1400 - Arrival to SKY2
1835 - Departure from SKY2
21.45 - Arrival to BM
22.30 - Departure from BM
22.50 - Arrived Precint11

Uwarghh..tadi jam after tol Bentong huhuhu ni semua pasal MTD tutup lane jadi dua lorong..to n fro huhuhu itu yang lambat sampai. Lutut pun macam tak best sebab..BF moi tu kan manual..main clutch n break aje.. adei..

Nak release tensi..balik from BM aku pecut laju2...bukak radio kuat-kuat..giler mengong

Wednesday, February 18, 2009

Rasa Macam Nak Makan Orang

Turut Hati Marah..
Aku juga akan Punah..

Sunday, February 15, 2009

14 Feb 2009 @ California Pizza KLCC..

Appetizer

Tortilla

Pizza the tajuk is Milan

Two soup..yummy Potato and tortilla something2 tak ingat nama

Tak da..licin makan dek three sistas

That how..we three sistas spent the valentine..
Actually we all nak shopping baju dinner for Dikya..
Mission accomplished.. yippie..
Hope she will look great on that day.

Thursday, February 12, 2009

Hujan..di dalam hati......

Tiba-tiba rasa sedih sangat..
Terasa nak have a good cry..

Tuesday, February 10, 2009

Saturday, February 7, 2009

Kasih.........
Mengapa sukar Melupakan mu..
Sakitnyer dada menahan rindu..
Dan hari ini.. rinduku makin mengebu-gebu..

Monday, February 2, 2009

Emo Part II

Quote: "Kadang2, orang yang kita sayang tu lah yang paling kita susah nak faham."

Note: Quote from BroNaga

Sunday, February 1, 2009

Kepala Pusing Mcm Gasing2

Sila nyanyi macam Atai..

Dari semalam after my appointment ngan Doc Ensem and my physiologist kat gleaneages. Rasa kepala pusing2..kalau tunduk pun macam terbayang-bayang.

Ari nie..since morning aku terbaring..bangun just for solat or nature call. Petang baru jumpa Doc kesayangan kat Bukit Mahkota..Dia diagnose aku ader Hypotensi..adei.. dapat ler a few medicine. Dia nak bagi MC for tomorrow but i said tak payah..sebab esok cuti Hari Wilayah. Memang aku tak keje...

My ayah admitted kat Putrajaya again. My sisters bring him today to Putrajaya. Luka still tak cure. Adei..pening2 memikirkannya...

Thursday, January 29, 2009

BIRU..

Merenung or termenung..


Syukran..Ya Allah

"Kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri; bukan orang lain yang 'mengejutkan' kita. Kita mandi sendiri; bukan orang lain yang memandikan kita. Kita pilih dan pakai sendiri baju; bukan orang lain yang pilih dan pakaikan kita baju kerana kalau dia yang memilih dan memakainya sudah tentu bajunya daripada kain yang berwarna putih. Kita berjalan sendiri keluar. Kita boleh membaca sendiri; bukan ada orang yang bacakan untuk kita. Bersyukurlah kerana Allah memanjangkan umur kita"

Bangun Ya Julia...pandanglah keliling mu..
kerna ada hamba Allah yang lebih teruk dan susah dari kamu..
ada hamba Allah yang lebih tercabar menghadapi ujian-ujian Allah yang mendatang...

Sabar, Redha, Syukur...

Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakal

Catatan ini untuk hamba bernama Julia

Emo..


I need to have a good cry..
I need to loan a shoulder to cry on and on..
I need a hug..to relief my pain..to feel comfortable..
I need a pat at my shoulder..and remind me to be patience..
Please GOD..help me...

Wednesday, January 28, 2009

Melted Heart



Cair hati ku..bila dia berkata..aku cantik..jelita..cute di mata nya..

Thursday, January 22, 2009

Makan2 @ Chillies KLCC


The birthday boy - turned 35 years Old


The Sista..Jot belanja kali nie..yippie..Alhamdulillah


The Foods.. missing.. the Classic Nachos..dah
masuk perut awal2

His first time here..

Aumm..yumyum
Camno nak kurus nie..tak pe..esok p gym..
huff..huff.. puff..puff