Monday, December 13, 2010

Sunyi

Sunyi

Artist: Gersang
Sunyinya malam ini
Tiada bulan tiada bintang
Hanyalah kedengaran
Ombak dipantai
Hatiku tersusuk sayu dan pilu
Mengenangkan nasib diri dirantauan

Kasih di mana dikau
Masihkah ada rindu
Hatiku seperti dulu
Jangan biar dia membeku
Mengharap cinta yang dipandu
Tak ingin ku sendiri lagi

Oh teman dimanakah dia
Tidak kelihatan
Ku tertunduk malu
Menjelma
Aku seperti dulu sunyi ( 2X )
Sepi diri ini aku sendiri lagi ( 2X )

Wednesday, December 2, 2009

My Kiddos turn to be Young Man..

Arash and his PSP..my gift for him sebab dah berkhatan..
Aus with his PSP..my gift for him too for berkhatan..
Me and Kiddos

2nd December 2009..my two sons..turn to be young man..what an experience for me and for them.
The first test for me was..the nite before..kiddos' ayah asked me to wake him up at 6.30am..since the khatan start at 8am. From 6.20am i called him until 7.30am. He not pickup my called. Pissed me off. Sabar ajelahhhhhh.. Lantak lah..kalau ada..ada..kalau tak de nak buat camno. Nasib baik lah..my brothers - Pojiko and Elly ada..to give moral support to them.

Kelam kabut bersiap-siap..and the kiddos lak lengah2 aje..saje lah tu..pukul 9am we all arrived kat Lita Alis Clinic, Precint 9, Putrajaya. Dapat turn no 8 and 9. tunggu punya lah lama..Aus dah terlompat-lompat.. Arash dah pucat2..mengigil-gigil badan dah panas ketakutan.. Moi lak tengok budak-budak yang dah bersunat..muka macam ok aje..huhuhu berdoa dalam hati moga anak2 moi macam tu lah.. akhir nya..pukul 11am nama arash kena panggil..tapi sebab dia tak ready..dengan paksa rela..suruh Aus buat dulu.. by the way..derang nyer ayah sampai pukul 10am. Alhamdulillah..at least dapat dia tengok anak2 dia berkhatan..once in life time kan..mana boleh nak ulang-ulang... Moi pulak..berpeluang tengok process berkhatan for Aus..ngeri gak..huhuhu...Tapi Dr Yus memang dapat handle dengan baik. Alhamdulillah.. Dikya pun tumpang sekali juga tengok. Bila turn Arash..dia pulak tak bagi Moi tengok..so..yang masuk dalam..ayah dia dan Pak Anjang .

Sekarang nie..my next test is to take care both of them after berkhatan..huhuhu..cabaran..cabaran.. wish me luck..

Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 9, 2009

100 hari..


Dan Aidil Fitri tahun ini...tidak seperti dulu...
Ayu rindu ayah....
Al Fatihah...

Monday, June 15, 2009

Kisah Aku..2 minggu

* Mak Lang Bibah cakap..kami ada darah keturunan Cina Mualaf (belah Wo@Nenek) + Bugis (belah Atok).. Patutlah aku nie..angin puting beliung..dulu2 lah..sekarang nie bila usia makin meningkat..aku boleh control anger tu..alhamdulillah. Info nie dapat bila we all berkumpul malam pertama ayah meninggal...

* Aku ikut Nuar p Kuantan on the 5th June. Bawak kiddos jenjalan..tapi derang frust sebab tak dapat mandi laut..n aku pun bukan bawak derang jalan betul2 pun. Dik Ya pun follow sekali. Met Ahan kat McD Teluk Cempedak. She the first blogger yang read my blog. Very nice lady..segan aku bila jumpa dia..aku dengan kesempoian aku lah.. after jumpa Ahan..p visit Abg Saupi a.k.a Jaka. My tagged friend yang admitted kat KMC Kuantan. Kira dia nie..bernasib baik lah..aku bukan nya selalu jumpa Tagged friend nie..tapi since Aku kat Kuantan..dan dia admitted kat situ..why not pay visit kan.. aku bawak le sojar2 aku.. After that sempat le aku beli satah n otak2 kat Tanjung Lumpur and beli ikan masin kat area TUDM tu.. n on the way balik tu..eldest son minta berhenti nak kencing..haru tull pantang nampak RnR and petrol station minta berhenti. Pukul 12am kita orang sampai SKY2.

* My Dr Sam.. sesudah 6 bulan tidak berdating..bila jumpa aku...first yang dia cakap dulu.. " You Put On Weight" uwarghhh...mek sedih...huhuhu dia cakap muka mek dah bulat...hauuuu... tapi kan..dia nyer assistant cakap mek dah kurus sikit...lega sikit..and Dik Ya cakap i am denial with the fact..uwarghhh...shadap you..hehhehee

* Aku Rindu ngan Ayah

Tiada Lagi..Amy Search

Blasted the volume...sing out loud..i luv below song...

Tiada Lagi
-----------
Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…

Thursday, June 4, 2009

Selamat Beradu Ayah...


Last picture that i have on 30th May 2009. My ayah with his girlfriend.

01 June 2009
--------------

Tap..lampu terpasang..Kak Jue kejutkan aku dan kak nah...
Perlahan-lahan dia cakap..bangun..mak cakap..badan ayah dah sejuk..
Bingkas bangun aku terus turun ke bilik ayah..
Dikya mengadap ayah..kejutkan bangun..
Aku..terus rasa tangan ayah...kaki ayah...ya Allah..sejuk...
Innalillah...
Sudah sampai ayahanda ku pulang ke pada yang Hak..
Ayah memang tidur mengereng. Aku pusing kan badan ayah..terasa perutnya masih panas lagi..
Memang tak sangka..ayah sihat-sihat aje semalam..

Yang ada di rumah Jiah.. kami ..adik beradik perempuan 5 orang.. dan anak2 ku dua orang..campur mak..itu aje. Terus kami bincang apa yg sepatut yang dibuat seterusnya. Panggil Poji..panggil Elly.. Aku dan 2 org sisters..tak boleh nak baca yassin for our ayah.

Dalam pukul 7.15 aku dah Poji selesai membuat laporan polis di Presint 11. Aku terus decide untuk pulang ke SKY2 untuk persediaan menyambut jenazah dan persediaan untuk pengebumian. Yang ikut aku.. Kak Nah n anak-anak.. Kak Jue n Dikya satu lagi kereta... Jiah, Poji n Elly akan tunggu Van Jenazah sampai..dan menunggu tetamu-tetamu yang mahu menziarah ayah..

Pukul 10.30 aku sampai di SKY2, jiran-jiran sudah berkumpul. Kami terus aje menyiapkan apa yang patut-patut. Sangat berterima kasih pada jiran-jiran dan kairiah kematian di kampung ku.
Dalam pukul 11.30, jenazah tiba. Dalam pukul 12.30, jenazah ayah dimandikan. Elly dan Nuar..berpeluang memandikan jenazah ayah. Aku melihat ayah aku di kapankan.. sedih..air mata mengalir tapi ku tahan.. sabar..

Di saat di beri peluang untuk mengucup pipi ayah ku..air mata tiba2 nak keluar..aku tahankan juga..sejuk pipi ayah..inilah kali terakhir aku dapat mengucup pipi ayah.. bersih aje muka ayah..tenang aje..macam dia sedang..tidur...dan iya..memang dia tidur..untuk selama-lamanya.

Dalam pukul 2, jenazah sudah di bawa ke kubur. Kami semua ikut sama..abang li masih tak sampai-sampai lagi. Mak memberi izin untuk terus di kebumikan. Even abang li pun sudah bagitahu pada aku supaya proceed. Dan sebagai anak lelaki..adik2 ku terus menjalankan tugas terakhir sebagai anak lelaki kepada ayah kami. Alhamdulillah. Dalam pukul 2.45, semua telah selesai...
Kami the Salims, bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Dan kami the Salims mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai, jiran-jiran yang mengirimkan takziah dan memberi semangat kepada kami sekeluarga.


Selamat beradu ayah...kami sentiasa merindui ayah...
Haji Md Salim Bin Ab Latif
14041937 - 01062009
Al-Fatihah